Assalamualaikum
Harini aku dapat surat sambung belajar dekat Institut Profesional Baitulmal (IPB). tadi pagi baru pergi apply kerja dekat KLCC. Balik tadi check peti surat tengok surat atas nama aku. serius macam tak ready nak belajar. Program Pengajian yang aku dapat PRA PERDAGANGAN (PD003). Tarikh lapor diri pula 3hb JUN 2013 (ISNIN). Ya Allah, pantasnya masa berlalu. kiranya aku kerja 2 minggu jela *haishh* sedih jadi diri aku sebenarnya. aku belajar 1 semester (5 bulan), aku ambil siji je dulu.
17hb Mei ni aku start kerja dekat pakson KLCC. bolehlah sikit gaji dia. kata pon 2 minggu je aku kerja. last kerja 31hb Mei.. tolak 2 hari cuti *hahahahaa* nampak tak semangat tak semangat.. sebenarnya aku malas je nak kerja jejauh. tapi tak apalah, ni semua untuk keluarga aku juga. harap berbaloi apa yang berlaku sekarang ini. belajar lama lama tak apa, asalkan berilmu, dan berduit *smile* itu yang aku akan pegang.
Insha Allah aku pasti BOLEH, AMIN...
Assalamualaikum