Hello. I'm AmoyyDee. Yes, you may call MoyMoy or Dee but I prefer the nickname, Dee. Taken Already.. Namie's mine..
Oh, Doctor. You keep my mind afloat everyday. I hope everybody else who sees this will travel to Gallifrey, discover its beauty and fill this space with their experience there.
Visit my other friends who had been on the TARDIS, will you?
"The Doctor's darkest hour. He will rise higher than ever before and then fall so much further."
"KIAMAT"
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata
"Rindukanlah - Encik Mimpi (cover) (+playlist)"
"perubahan yang tidak akan dijangka.."
Assalamualaikum, 

aku tertarik dengan seorang perempuan ni.. dia dari Sandakan :) aku tertarik dari perubahan dan kisah dia.. hinggalah dia menjadi idola aku untuk terus berdiri.. Insha Allah ia adalah yang baik untuk semua semua orang.. 

 Inilah dia, Nur Syazana Hj Mohammad.. harap sedikit pengalamannya dapat memberi sedikit pengajaran buat semua..
  • " I had a dream but that dream likely not the same with my previous dreams. I saw my life being wasted and the times flew too quickly until I forgot to praise Allah. I died and fell into a dark hole. When I screamed, everyone's pretending not listening even my parents. I saw my mom crying because she know I'm going to Hell. The saddest part, it's too late for a changed and asking for a mercy from Allah. By that time, I don't sleep well for several months and find some courage to Hijrah myself..

    If someone said that you're not pretty while wearing Hijab, don't bother. In Masyar, they are not helping carry your sins but yourself. "

  • Conversation started today
  • Nana Deana
    Nana Deana
    hye you.. can be to friends ?
  • Nur Syazana Hj Mohammad
    Nur Syazana Hj Mohammad
    Hello Nana. Boleh, apa slhnye
  • Nana Deana
    Nana Deana
    thnks syaza saya suka apa yang awak post. something apa yang awak pon boleh buka pintu hati orang. boleh saya kongsi apa yang awak post tu dlm blog saya tak?? sebab ia memang berguna untuk saya and insha Allah untuk orang lain juga..
  • Nur Syazana Hj Mohammad
    Nur Syazana Hj Mohammad
    Boleh. Sebab sy sbnrnye pun keberatan nak btudung sbb rmi yg ckp 'You lagi lawa xbtudung', 'Asal Cara you btudung Pelik?' & mcm2la. Tapi sbb utama sy pakai tudung dsebabkan mimpi. Kalau blh, Nana pakai la tudung. Sehingga sekarang pun, sy tetap menangis kalau Teringatkan mimpi tu.
  • Nana Deana
    Nana Deana
    apa yang dicaci oleh didunia tu adalah dipuji oleh allah dan para malaikat, slain tu h para bidadari pon akn cemburu kalau kita jaga akhlak and diri kita mengikut islam. awak kena tahu, setiap air mata awak mengalir mengenang mimpi awak itu tandanya gugurlah dosa dosa kecil. allah sygkan awak, dia rindukan awak, dia rindukan keikhlasan awak, dia rindu doa awak, dia sentiasa ada di hati awak.. cuma apa yang buat kita lalai tu adalah nafsu nafsu tu syaitan ... awak beruntung sebab mendapat hidayah daripada-Nya.. awak tahu, setiap orang yang mimpi macam tu patut berkongsi untuk semua orang tentang neraka itu wujud.. maafkan saya, saya memang tidak sempurna dan saya malu dekat-Nya.. saya terlalu lalai dan leka sangat sampai saya saggup berubah, jauhkan diri dari-nya. saya seorang yang bertudung.. akibat berkawan dan bergaul dengan lain, saya terus lupakan dia. sampai suatu saat saya tak boleh mengucap.. ya allah, hanya allah saja tahu.. saya bersyukur sebab saya tak mimpi seperti tu..hari demi hari saya tebalkan muka dan malu depan semua orang sebab perubahan saya kearahnya tp saya tidak berhijap. sebab saya tahu apa perasaan awak bilaa orang pertikaikan tentang apa yang kita pakai. awak tahu, bila saya nak pergi kolej baru saya bertudung.. masa tu saya rasa, betapa kuat untuk saya berdiri walaupon hanya menutupkan aurat.. bila saya rujuk kepada ustazah saya.. sebenarnya perempuan ini kuat, cuma kuatkan semangat untuk berubah, jangan pernah berhenti berdoa dimana kita berada dan buat.. sebab allah akan mempermudahkan apa yang kita buat dan allah akan melapangkan lagi dada kita untuk terus berubah.. now, perubahan saya tak ramai yang boleh terima. sebab tu saya jarang tunjukkan diri dekat saya sbb saya malu.. tpkan awak, bila awak post tentang apa yang awak rasa.. saya jadi tertarik lagi nak berkongsi.. awak patut bersyukur walaupun amat menakutkan.. allah taknak awak terlalu lalai sebab allah masih sayangkan awak, dan allah mengharapkan perubahan awak... saya harap awak menjadi idola saya untuk saya terus kuat untuk berubah..
  • Nur Syazana Hj Mohammad
    Nur Syazana Hj Mohammad
    Xpe. Kite perlahan2 ke arahNya. Tapi jujur sy katekan, awak cantik bila freehair dan btudung. Tapi, kalau blh, btudung itu lbh baik dan org pandang kite pun manis. Dah agak lama juga sbnrny mimpi tu dari awl tahun tapi baru Skg nak pakai tudung sbb ade lelaki ni, dia tegur sbb dia ckp knp xbtudung je? Lagi lawa & mesti jumpa jodoh yg baik2. Sbb sy sllu jumpa llki yang salah dan kecewa je. Alhamdulilah walaupun xde couple, sy masih bahagia dgn kwn2. Kawan pun sllu tegur Kenape makin bseri sejak btudung. Saya gembira awak tdetik hati. Cuba btudung dlm 5hari dan biasa kan xbtudung pada hari mggu. InsyAllah dpt membantu.

harap ia dapat memberikan sedikit pengajaran buat kita dan semua.. amin :) terima kasih buat Syaza sebab membenarkan saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kita..
"birthday girl - ASIAH SAZALI -"
hyeeeee.....

nak kenalkan birthday girl kita :DDDDDDD



yang pakai baju pink tu la birth girl :) birthday dia 16 november :) haha taktahulah nak update apa sebenarnya. hahaha 



inilah seangkatan tentera yang berjaya prank dekat birthday girl kita :)
"CINTA"
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat CintaCinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetap
i cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.


Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Cinta Bersedia
Cinta Itu Indah
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta Itu Menakluki
Cinta Itu Mengetahui
Cinta Itu Hidup
Cinta Itu Suci
Cinta Itu Mempesona


Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

copypaste***
""
Artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh La Di Da di Forum Tentang Cinta.
Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
**yg baik jadikan sempadan**
"12 Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama"
Bukan mudah untuk kita melupakan kekasih lama. Kekasih yang telah kita kenal sejak sekian lama, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang dibina selama ini, putus seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah untuk melupakan semuanya, kan?


Tetapi jika anda betul-betul ingin melupakan si dia, di sini saya kongsikan 12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama.


1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan:
Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.


2. Ceriakan diri anda: 
Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.


3. Jumpa dengan kawan-kawan lama: 
Atau berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.


4. Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih: 
Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.


5. Hargai dirinya:
 Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya. Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang telah si dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.

7. Pandanglah jauh ke depan: 
Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan kerisauan anda akan hilang dengan sendirinya.


8. Kuatkan semangat: 
Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.


9. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda: 
Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.


10. Padamkan kesemuanya: 
Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.


11. Elakkan dari bersendirian: 
Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.


12. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia: 
Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi bermakna dalam hidup anda.


Ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke atas apa yang telah berlaku pada diri kita.Hidup tidak semstinya sentiasa indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah.Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi diri kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih lama.Saya doakan agar anda tabah, dan kuat menghadapi cabaran liku-liku kehidupan dalam percintaan. :)
Recent Posts or Older Posts?
Layout by tentylers. Image from weheartit.